Nama Penuh : Sultan Muhammad Al-Fatih ﺍﻟﻔﺎﺗﺢ ﻣﺤﻤﺪ ﺳﻠﻄﺎﻥ
Tarikh Lahir : 29 Mac 1432
Tempat Lahir : Edirne
Tarikh Mangkat : 3 Mei 1481 (usia 49)
Tempat Mangkat : Hünkârçayırı, berdekatan Gebze
Pendahulu : Murad II
Pengganti : Bayezid II
Dinasti : Uthmaniyyah
Bonda : Hüma Hatun
Muhammad II (Arab: ﺍﻟﺜﺎﻧﻰ ﻣﺤﻤﺪ) juga dikenali dengan Muhammad alFatih iaitu daripada kata terbitan "al fath" (ﺍﻟﻔﺎﺗﺢ) seperti Surah al Fatihah bererti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.
:: BIOGRAFI ::
Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.
Muhammad alFatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar AlQutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifatsifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:
“ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera. ”

0 comments:
Post a Comment