Blog kami masih dalam pembikinan ... Teruskan berkunjung untuk mendapatkan maklumat terkini ... Terima kasih atas kunjungan dan sokongan anda ... ^^,

:: Video Hari Ini ::

Monday, 18 May 2015

Al-Khawarizmi



Tokoh Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi أبو عبد الله محمد بن موسى الخوارزمی atau Abū Jaʿfar Muḥammad ibn Mūsā al-Khwārizmī أبو جعفر محمد بن موسى الخوارزمی atau juga dikenali sebagai Al-Khawarizmi sahaja (780 - 850) adalah seorang pakar dalam bidang matematikastronomi dan geografi dari Iran. Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai bapa algebra.


Sebagai Guru Aljabar (Algebra) Di Eropah
Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangen dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai untuk memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia dalam berbagai disiplin. Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang pertama kali memperkenalkan aljabar (Algebra) dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular yang masih digunakan sampai sekarang.



Setem yang dikeluarkan pada 6 September 1983 di Kesatuan Soviet, sempena hari lahir al-Khwārizmī yang ke-1200 (anggaran).

0 comments:

Post a Comment

 
;